Thursday, February 9, 2012

Selawat Ke Atas Rasulullah S.A.W

Assalamualaikum

Marilah kita bersama-sama berselawat ke atas baginda Rasulullah S.A.W

Video Balada Selawat Dari Gabungan Penasyid - Penasyid (MUNSYID) MALAYSIA

     
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ    صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
يَا نَبِي سَلاَمٌ عَلَيْكَ    يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيكَ
يَا حَبِيْبُ سَلاَمُ عَلَيْكَ    صَلَوَاتُ اللهِ عَلَيْكَ

Credit to : MUNSYID MALAYSIA

Wednesday, February 8, 2012

Soft Launch Anugerah Nasyeed.Com


Nasyeed Edutainment Publishing Sdn Bhd atau lebih sinonim dengan jenama Nasyeed.Com akan menganjurkan Anugerah Nasyeed.Com. Majlis penganugerahan ini bakal berlangsung pada 13 April bertempat di Dewan Muktamar Pusat Islam, Kuala Lumpur pukul 8.30 malam.  Manakala pada 14 April 2012 pula akan diadakan konsert bersempena dengan majlis penganugerahan tersebut.

Mungkin timbul rasa ingin bangun dengan majlis anugerah sendiri, Nasyeed Edutainment Sdn Bhd mula mengorak langkah membuka pencalonan untuk Carta Nasyeed.Com. Carta yang bermula pada pertengahan tahun 2011 itu semakin hari semakin mendapat tempat dikalangan peminat nasyid malah mereka mula aktif mengundi artis dan lagu pilihan mereka. Variasi artis baru dan lama turut mewarnai Carta Nasyeed.Com. yang telah berjalan sejak tahun lepas lagi.



Sebagai salah satu entiti korporat yang paling kehadapan dalam penganjuran dan pengendalian acara bersifat islamik, Nasyeed.Com mengambil inisiatif untuk memberi nafas baru kepada industri nasyid Malaysiamelalui penganjuran Anugerah Nasyeed.Com. Acara yang bakal dijadikan agenda tahunan dalam kalendar nasyid tanah air ini diadakan dengan tujuan untuk memberi penghargaan kepada para penggiat industri nasyid sekaligus menggalakkan penghasilan karya-karya nasyid yang berkualiti secara berterusan. Secara tidak langsung, bakat-bakat baru juga akan dapat dicungkil dan diketengahkan ke dalam industri. Tambahan pula dengan status Malaysiasebagai “The Home of Contemporary Nasyeed” di kalangan penggiat industri nasyid antarabangsa, maka wajarlah Anugerah Nasyeed.Com dianjurkan.

Anugerah Nasyeed.Com bakal mempertandingkan lagu-lagu dalam Carta Nasyeed.Com. Carta yang menggunakan platform aplikasi facebook ini telah bermula sejak Julai 2011 dan mendapat sambutan yang amat baik dari para peminat. Sebanyak 13 Kategori bakal dipertandingkan seperti berikut :

  • Anugerah Nasyeed Sirah
  • Anugerah Nasyeed Cinta
  • Anugerah Nasyeed Amar
  • Anugerah Nasyeed Selawat
  • Anugerah Nasyeed Perjuangan
  • Anugerah Nasyeed Munajat
  • Anugerah Susunan Muzik Terbaik
  • Anugerah Klip Video Terbaik
  • Anugerah Vokal Terbaik
  • Anugerah Lirik Terbaik
  • Anugerah Lagu Terbaik
  • Anugerah Juara Carta Nasyeed.Com
  • Anugerah Khalifah Nasyeed


Anugerah Nasyeed.Com kali pertama akan diisi dengan pelbagai aktiviti menarik melibatkan artis, penggiat nasyid, media mahupun para peminat nasyid tanah air. Malam Anugerah Nasyeed.Com akan dilangsungkan pada 13 April 2012 dan diikuti dengan Konsert Anugerah Nasyeed.Com pada keesokannya iaitu 14 April 2012. Gerai jualan dan pameran oleh para penaja akan turut mewarnai foyer Dewan Muktamar Pusat Islam Kuala Lumpur yang menjadi lokasi acara. Satu roadshow juga telah dirancang untuk mempromosikan acara ini di lokasi-lokasi terpilih seluruh negara.


Pemilihan juara bagi setiap kategori ditentukan juri professional dan ada diantara ketegori tersebut berdasarkan ‘LIKE’ yang dibuat di laman FB, namun begitu ianya masih lagi mengambil kira pandangan juri professional demi memastikan ‘ketelitian’ serta kualiti daripada para peserta yang bertanding.

Anugerah khusus ini dianjurkan adalah bertujuan untuk mengiktiraf penggiat nasyid di negara ini bakal menjadi perintis untuk acara lebih berprestij pada tahun berikutnya.


Lagu-lagu yang dicalonkan oleh artis atau syarikat rakaman mahupun para peminat dalam 6 kategori yang berbeza berdasarkan tema atau mesej yang terkandung dalam lagu tersebut.  Lagu-lagu yang dicalonkan perlu mempunyai video klip yang dimuatnaik menerusi YouTube atau Facebook untuk rujukan pengundi.

Pemilihan pula bersandarkan kepada beberapa kriteria lain iaitu Sirah (sejarah islam, tokoh islam, sirah nabawi dan sebagainya), Cinta (kasih sayang kepada Rasulullah, sesama insan, ibupaba, sahabat dan sebagainya), Perjuangan(bertemakan perjuangan, patriotik, semangat jihad dan lain-lain), Amar (berunsur seruan membuat kebajikan, kemanusiaan, keamanan dan lain-lain), Munajat(berunsur munajat, keinsafan dan sebagainya) serta Selawat (mengandungi unsur selawat kepada Rasulullah S.A.W).

Lagu-lagu yang layak ke peringkat akhir akan di umumkan pada 8 Mac 2012 iaitu ketika sidang media kedua yang akan diadakan nanti, sementara itu lagu-lagu yang layak ke final akan mula diundi bermula 8 Mac 2012 sehingga 8 April 2012.  Penganjuran Anugerah Nasyeed.Com turut mendapat suntikan moral yang sangat bermakna di atas kesudian Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk menjadi Penaung Kehormat acara ini.


© Copyright Reserved Putera Multimedia Studio

MAWLID @ SHAH ALAM

ASSALAMUALAIKUM

BERSEMPENA DENGAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL KALI INI NASYEED.COM DENGAN KERJASAMA IKIM FM AKAN MENGANJURKAN PROGRAM MAWLID@SHAH ALAM PADA 11 FEBUARI 2012 DI DATARAN KEMERDEKAAN SHAH ALAM BERMULA PUKUL 7.00 PETANG SEHINGGA 11.00 MALAM. ACARA DIISI DENGAN SOLAT BERJEMAAH, TAZKIRAH, BACAAN PUISI DAN PERSEMBAHAN NASYID DARIPADA ARTIS SEPERTI MESTICA, DAKMIE, AL FARABI BAND, CIKGU SITI HAJAR, AMRAIN, HUFFAZ, DIWANI, CALIPH SERTA PENAMPILAN ISTIMEWA PARA PENYAMPAI IKIM FM. DATANGLAH BERAMAI-RAMAI KE MAWLID@SHAH ALAM.JUMPA ANDA DI SANA!

MAWLID @ SHAH ALAM dibawakan oleh NASYEED.COM
Mawlid @ Shah Alam Video Promo

© Copyright Reserved Putera Multimedia Studio

Sunday, February 5, 2012

Trip to KL :)

ASSALAMUALAIKUM

Pelbagai destinasi...dengan niat...untuk menembak pe yang terlintas..tapi..disebabkan hujan...tergendala beberapa aktiviti...haha..but its ok..still can shoot the KLCC..yeah!!

KLCC | 11.15 PM | 5.2.2012
Canon EOS 500D | 18 - 55mm
ISO : 200 | 1/15sec | f/3.5
© Copyright Reserved Putera Multimedia Photography
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...