Tuesday, June 28, 2011

Semangat Diriku!!!

Assalamualaikum WBT

Alhamdulillah...hari ini aku telah diberi kekuatan oleh Yang Maha Kuasa untuk menjalani kehidupan seharian ku..setelah aku dikejutkan dengan berita yang menyedihkan semalam...Alhamdulillah hari ini aku tidak berasa sedih lagi malahan terus bersemangat untuk menghadapi hari2 yang mendatang..

Semalam dikejutkan dengan khabar yang kurang baik...tetapi...hari ini...aku dapat sesuatu yang pasti akan membuatkan setiap pekerja berasa seronok...yeah..dah dapat gaji..itulah berita yang mengembirakan aku..sekurang2nya terubat la jugak kesedihan aku tatkala mengenangkan ibuku yang kesakitan...

Oleh itu, aku kene lebih kuat dan berusaha sedaya upaya aku tuk membantu keluargaku dan juga diriku ini..So..marilah kita bersama-sama semangatkan diri kita untuk terus hidup sehingga ke akhir hayat ini..

InsyaAllah...Allahuakbar!!! Fighting!!!

Monday, June 27, 2011

Perkara yang sangat menyedihkan...

Assalamualaikum WBT...

Hari ini bertarikh 27 Jun 2011 adalah hari yang sangat mnyedihkan aku..x dapat digmbarkan betapa sedihnya aku apabila aku mendngar berita ini...x sggup rasanya aku hendak berhadapan dengan semua ini..tp apakan daya..ini adalah qada' dan qadar yang telah ditetapkan oleh Yang Maha Esa...

Hari ini aku tidak bekerja kerana aku telah bekerja pada hari ahad..dan cuti hari ahad itu telah digantikan pada hari ini (isnin)...Jadi aku berehatlah dirumah di smping aku mengemaskan rumah, membantu mak aku yang sakit dan tidak bermaya...pagi td mak & ayahku keluar pergi ke hospital seperti biasa untuk mak aku membuat medical check up..jd aku tinggal keseorangan di rumah...adik aku pun dah kesekolah...jadi...aku pun buatlah apa yang patut...kemas rumah, basuh pinggan, beli makanan untuk adikku yang brsekolah, lipat kain dan macam2 lagi...sampai lah ke petang...aku still menunggu mak dan ayah aku pulang...

Akhirnya, pada pukul 5.30 petang...aku terlihat kelibat kereta mak & ayah aku yang baru pulang dari hospital...aku lihat mak aku keluar dr kereta dalam keadaan yang lemah...sampainya di rumah..aku diberitahu oleh ayahku...

"Lepas ni pyan kene tolong wat keje2 rumah..coz mama dah x larat"...

Ok...aku paham benda tu...lepas tu mak aku panggil aku...so, aku pun pergi kat mak aku...mak aku tanya pada aku..

"Pyan tau mama sakit pe??"

Aku cakap x...pastu mak aku cakap benda yang paling aku sedih nak dengar..

"Mama kene KANSER PARU2 TAHAP 4..."

??????? Aku terkejut...x tau aku nak cakap macam mana...aku diamkan diri...lepas tu..mak aku pesan sesuatu kat aku...

"Pyan..lepas ni kalo mama dah x de...jaga Syahmi (adik yang paling kecik) elok2..jangan suka marah2 dia...kesian dia..dia kecik lagi..tolong dia..kalo dia x phm apa2 ajar dia...ok"

Sedih aku mndgr pesanan tu...aku x menangis...air mata aku x keluar..tp aku menangis dalam hati aku...aku x tau nak cakap apa...mungkin ini adalah takdir dan ujian dari Allah buat diri kami sekeluarga...jd aku x boleh salahkan sesiapa...

Lepas ni..mak aku akan buat rawatan Kimoterapi dan aku harap sgt supaya mak aku boleh sembuh...walaupun susah tp usaha tangga kejayaan...Lagipun aku x bersedia lagi untuk hadapi sebarng kemungkinan..

"Aku berdoa kepadamu Ya Allah..sembuhkanlah ibuku...aku x bersedia lagi untuk kehilangannya..AMIN.."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...