Friday, January 6, 2012

Sambutan Malam Tahun Baru 2012

ASSALAMUALAIKUM

31 Disember 2011, Shah Alam - Sambutan Tahun  Baru telah diadakan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam. Sambutan ini bermula pada pukul 7 malam hingga detik 12 tengah malam. Terdapat ramai artis yang menyertai sambutan ini seperti Akil Hayy, Dakmie, Syam Kamikaze, Syahir AF, Asyraf Imam Muda, Zizan Raja Lawak dan juga penceramah terkenal USTAZ AZHAR IDRUS turut memeriahkan sambutan pada malam itu.
Sambutan seperti ini adalah sambutan yang pertama kali diadakan dengan cara Islamik. Seramai 70,000 orang menghadiri sambutan ini yang dianjurkan oleh Generasi Idaman Selangor (GeMS). Antara tentatif program adalah :
  • Solat Maghrib & Isyak diimamkan oleh Ustaz Asyraf Imam Muda
  • Tazkirah maghrib bersama Asyraf Imam Muda
  • Persembahan oleh Syahir, Dakmie, Syam Kamikaze dan Akil Hayy
  • Sembang Santai dan Sesi Soal Jawab bersama Zizan Raza Lawak dan Ustaz Azhar Idrus
  • Bacaan doa pembuka tahun oleh Ustaz Azhar Idrus
Aku harapkan sambutan seperti ini akan diadakan setiap tahun kerana bagiku sambutan seperti ini dapat mengeratkan hubungan antara sesama muslim dan juga dapat menerapkan ciri2 islamik pada sambutan tahun baru di setiap hati umat manusia. InsyaAllah.







Click pada gambar untuk lihat lebih jelas

p/s : Maaf kalo gambar tak berapa lawa. Juz ambik dari console :)


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...